Perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupan alam sekitar

Alam kita dipenuhi dengan pelbagai kehidupan. Antaranya seperti manusia, haiwan-haiwan dan tumbuhan-tumbuhan. Selain itu, alam kita juga dipenuhi dengan pelbagai pemandangan-pemandangan yang indah nian. Kita juga patut bertimbangan rasa dengan keperluan segala kehidupan yang hidup dalam alam ini. Oleh itu, kita patut menghargai dan menjaga alam kita. Sebaliknya, jika kita tidak menjaga dan menghargai alam kita, alam kita yang indah ini akan terancam dan mengakibatkan bencana-bencana alam yang dahsyat.

Kenderaan

Kenderaan merupakan suatu kemudahan yang amat penting dalam kehidupan harian kita. Kenderaan dibahagi kepada tiga jenis. Iaitu kenderaan darat, kenderaan laut dan kenderaan udara.