Bumi kita dipenuhi dengan alam sekitar yang cantik. Oleh itu, kita patut berasa bersyukur kerana berpeluang hidup dan tinggal di atas bumi yang cantik ini. Kita berpeluang melihat pemandangan yang cantik, gunung-ganang, laut-lautan, binatang-binatang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya di atas bumi. Kita patut mencintai alam sekitar kita supaya pemandangan-pemandangan yang telah kita miliki akan berterusan untuk selama-lamanya.