Bumi kita merupakan sebuah planet yang amat indah. Tetapi, kebanyakan manusia yang hidup di atas bumi ini tidak tahu menghargainya. Kita sering melakukan aktiviti-aktiviti yang mengancam keadaan bumi kita demi faedah sendiri. Aktiviti-aktiviti ini telah menyebabkan bumi kita tercemar. Antaranya seperti pencemaran bumi, pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran bunyi dan sebagainya. Pencemaran-pencemaran ini akan menjejaskan badan kita dan juga akan mengakibatkan kesan-kesan yang amat memudaratkan.